"".

Ahad, 8 September 2013

KEM 5 STARS 2013

Alhamdulillah selesai sudah KEM 5 STARS yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di Pusat Latihan Asnaf Zakat Hulu Yam.  Dikesempatan ini dirakamkan setinggi penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada Barisan Pentadbir SK Bukit Sentosa yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan Kem ini:-
Pn Hjh Nor Shakila Bt Kamaludin (Guru Besar) , Tn Hj Hamdan B Hamzah ( PK1 ), Pn Hjh Rohiah Bt Ahmad ( PK HEM ), Pn Hjh Rosni Bt Kasim (PK Kokurikulum) dan Tn Hj Kamarulzaman B Noor Mohamed (Penyelia Petang).
Kem 5 STARS " Solat Terdidik Akhlak Rohani Sempurna" menekankan 5 elemen melahirkan Insan Soleh iaitu Islam, Iman, Ihsan, Ibubapa dan Intelek.  Sasaran kepada 120 orang murid ( 60 lelaki + 60 perempuan) tahun 3, 4 dan 5 yang terdiri daripada 65 orang murid Asnaf Zakat dan 55 orang murid PERMATA ( kelas O,R dan S ).
Alhamdulillah ... Pelaksanaan aktiviti berdasarkan modul pembinaan Insan Rabbani ini dibantu oleh 12 orang fasilitator ( 6 lelaki + 6 perempuan ) dari KEFDA ( Kesatuan Fasilitator Darul Quran ).
Terima Kasih yang tidak ternilai diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa PROSA / Kebajikan Murid SK Bukit Sentosa. Komitmen dan Kerjasama amat membanggakan dari awal hingga akhir program .
Jazakallah Khaira Kathira
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dan menganugerahkan ganjaran kepada kalian semua ... moga dakwah ini menjadi amalan yang diterima dan menjadi bekalan kita di sana .... Insya Allah ...

Disini disertakan Video sepanjang program ....


Video yang ini pula hasil Fasilitator DQ

Terima Kasih sekali lagi kepada seluruh warga SK Bukit Sentosa yang memberi sokongan dan idea dalam menjayakan Kem ini ....

Rabu, 28 Ogos 2013

SYAWAL ....

Ramadhan yang menghilang, Syawal pula kian menjelang.  Walaupun ibadah puasa Ramadhan telah pergi.  Mungkinkah akan dipertemukan kembali bulan maghfirah itu ditahun hadapan? , Wallahu a’klam ….
Pada Syawal yang mulia ini , terdapat juga fadhilat dan hikmah yang boleh kita ambil kesempatan mengimarahkannya            sepertimana bulan Ramadhan iaitu berpuasa 6 hari di bulan Syawal.
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya.  Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT Berfirman bermaksud:
“Setiap amal manusia adalah dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)”.
(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.”
(Muslim no:1151)
Oleh itu marilah kita imarahkan Syawal ini dengan mengambil fadhilat dari Puasa 6 hari di bulan Syawal. Insya Allah .


Dalil Puasa Sunat Enam Syawal
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:
Rasulullah SAW  bersabda: “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Muslim no:1164)


Hukum Puasa Enam Syawal
Hukumnya adalah sunat.
Berkata Imam Nawawi rh : “Hadis ini jelas menjadikan dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari ( pada bulan syawal).”


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.  Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah Aidil Fitri dan kita dilarang berpuasa pada hari tersebut. 
Abu Hurairah ra berkata:
“ Nabi melarang puasa pada hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.”
( Al-Bukhari no: 1991)


Bagaimana Melaksanakan Puasa Enam Syawal ?
Syarat  dan adab bagi puasa sunat enam syawal adalah sama seperti puaa Syawal adalah sama seperti puasa wajib di bulan Ramadhan

ADAKAH DILAKSANA SECARA BERTURUT?
Boleh dilaksanakan secara terputus ( tidak berturut-turut ) asalkan jumlah 6 hari dicukupkan dalam sebelum berakhirnya bulan Syawal. Rasulullah SAW menyebut secara umum tanpa memberi ketentuan hari, maka boleh berpuasa dalam bulan Syawal bukan pada                1 Syawal.

PUASA 6 SEBELUM MENGQADHA’ PUASA RAMADHAN?
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’ , berkaitan puasa enam syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadahnya?

Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa Syawal , Rasulullah SAW mensyarratkan “berpuasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.
Ini menunjukkan puasa sunat 6 Syawal hanya dilaksanakan seseudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya.  Jika ada puasa Ramadhan yang ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu.  Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat 6 Syawal.

Menurut al-Khatib Asy-Syarbini:
“Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”.
( Mughni Al-Muhtaj 2 / 181 cet, Darul al-Ilmiah, Beirut)

PUASA QADHA' + PUASA 6
 Persoalan ini berlaku khilaf diikalangan ulama’,          sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain.  Sekiranya          dilakukan maka puasanya tidak sah dimana tidak dapat yang fardhu dan sunat.
Namun dikalangan ulama Syafi’iyyah berpendapat        bahawa ganjaran puasa enam tetap diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha’ sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang    diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. ( Lihat: Mughni Al-Muhtaj 2/184, Hasyiah Asy—Syarqawi 1/428, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah )
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan  puasa 2 dalam 1 ini tidak bersandar dengan mana-mana dalil al-Quran dan as-Sunnah.  Mereka mengatakan amalan ini mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha’ dalam bulan Syawal. 

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.  Sempurnakan dahulu qadha  yang tertinggal , kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannnya di masa hadapan. 
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT ke jalan yang diredhai-NYA….


Sabtu, 18 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU


Sempena sambutan Hari Guru: Guru patut contohi cara Baginda tangani masalah secara berhemah

Rasulullah SAW seorang pendidik yang cemerlang. Hasil didikan Baginda SAW, lahir tokoh ternama dan tersohor seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Tholib serta sahabat yang lain. 
Dicontohi sepanjang zaman 
Guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya," Imam al-Ghazali
Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

PEMANTAUAN PENGURUSAN DAKWAH

Pada 15 Mei yang lalu Ustaz Saberi Bin Yusof , Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor telah mengunjungi SK Bukit Sentosa bagi memantau pengurusan dakwah dan surau sekolah.  Kehadiran telah disambut dan ditemani ketua Panitia Pendidikan Islam bersama Penyelaras Program j-QAF.

Ustaz Saberi Bin Yusof (Penyelia Kanan Pendidikan Islam , PPD Hulu Selangor ) 
bersama Pn Hjh Rohiah Bt Ahmad (PK HEM SKBS) dan Pn Hjh Rosni Bt Kasim (PK KoKo) 
sebelum pemantauan berlangsung.

Khamis, 16 Mei 2013

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN

Salam Pengenalan buat semua pengunjung blog Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Sentosa.

Pengenalan SK Bukit Sentosa

SK Bukit Sentosa mula beroperasi  pada 12 Januari 2004. Kini hampir 10 tahun ianya beroperasi dengan jumlah warga seramai 127 orang Guru, 7 orang staf sokongan dan 2124 orang murid bermula dari tahun 1 hingga tahun 6 termasuk 1 kelas murid pra sekolah.
Persekitaran yang sederhana dari segi sosioekonomi dan latar belakang keluarga menjadikan murid-murid di SK Bukit Sentosa datang dari pelbagai kategori.
Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Sentosa mempunyai 32 orang Guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada ( 14 orang GPI dan 18 orang GPI j-QAF). Dengan berbekalkan kekuatan dan ukhwah ini, perancangan aktiviti dakwah dapat dilaksanakan dengan jayanya.