"".

Sabtu, 18 Mei 2013

PEMANTAUAN PENGURUSAN DAKWAH

Pada 15 Mei yang lalu Ustaz Saberi Bin Yusof , Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor telah mengunjungi SK Bukit Sentosa bagi memantau pengurusan dakwah dan surau sekolah.  Kehadiran telah disambut dan ditemani ketua Panitia Pendidikan Islam bersama Penyelaras Program j-QAF.

Ustaz Saberi Bin Yusof (Penyelia Kanan Pendidikan Islam , PPD Hulu Selangor ) 
bersama Pn Hjh Rohiah Bt Ahmad (PK HEM SKBS) dan Pn Hjh Rosni Bt Kasim (PK KoKo) 
sebelum pemantauan berlangsung.


Fail dan Dokumen Pengurusan yang dinilai...

Buku Pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan Brosur Surau al- Syakirin

Alhamdulillah...

Jazakallah Khaira Kathira kepada barisan pentadbir yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam melaksanakan aktiviti dakwah.  Seterusnya kepada semua Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Sentosa atas kerjasama sepanjang melaksanakan aktiviti dan tanggungjawab pengurusan panitia dan surau al-Syakirin.  Tanpa kekuatan pasukan kecemerlangan tidak dapat diraih.  Semoga perjuangan dan amanah memartabatkan dakwah kepada seluruh warga SKBS dapat diperkukuhkan... Insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan